Che Nom Merupakan Youtuber yang terkenal dengan masakan yang viral dan pasti masakan tersebut sedap dan lazat. Jumlah subscribers melebihi 300K subscriber dan tidak salah lagi Che Nom adalah youtuber yang memberikan impak yang cukup besar pada video masakan.

Course Timeline:
Kali ini Che Nom nak kongsikan resepi kari ayam yang sangat sedap jika di makan bersama roti jala ataupun pulut kuning. Apa yang istimewa ialah kari ayam ni kuahnya pekat dan wangi kerana kita masukkan santan pekat bersama sedikit kerisik. Boleh lebihkan kerisik di dalam kuah jika anda suka.
Resepi Ayam Masak Merah ala Kenduri yang sangat sedap dan anda harus mencubanya.
Resepi Rendang Ayam, resepi yang diadaptasi dari Chef Wan. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning.
Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom yang share resepi ni. Cara penyediaan tak susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang sangatlah sedap. Che Nom sangat beruntung kerana ada seorang follower yang ikhlas sudi berkongsi resepi yang asli dari Negeri Sembilan dan resepi ini sememangnya langsung tidak menggunakan bawang. Hidangan ni anggaran untuk 3-4 orang makan. Sila gandakan resepi kalau nak masak lebih.
Kali ini kita lihat satu resepi istimewa iaitu Resepi Nasi Ayam, yang dah lama dikongsikan di website Che Nom iaitu iresipi.com lebih kurang 5 tahun dulu dan mendapat feedback yang sangat bagus. Ada juga yang gunakan resepi ini untuk berniaga.
Resepi sedap yang pantas disediakan iaitu Ayam Masak Butter. Ciri-ciri Ayam Masak Butter yang sedap ialah, kuahnya haruslah berlemak, masin dan pedas secukup rasa. Diseimbangkan pula dengan salutan ayam berempah yang digoreng garing diluar dan masih lembab serta lembut di dalamnya. Kita masukkan juga daun kari untuk membangkitkan aroma hidangan ni.
Jom kita lihat resepi Ayam Masak Paprik Thai special. Hidangan ini adalah hidangan kegemaran Che Nom, tapi Che Nom hanya sukakan kuah paprik yang berwarna gelap, dan bukannya kuah yang berwarna merah. Dulu selalu makan kat kampung Baru, tapi malangnya kedai favourite Che Nomtu dah tutup terus, jadi Che Nom cuba masak sendiri supaya ia seakan-akan sama .
Resepi Ayam Masak Kicap Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.
Test
Berapa resepi Che No...
Che Nom nak tunjukkan resepi Ayam masak halia. Hidangan ni sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Kalau hari yang sibuk tu, boleh lah masak ayam halia ni. Ia juga sesuai dihidangkan kepada kanak-kanak sebab tak terlalu pedas. Nak cari bahan-bahan pun tak susah kerana semua bahan kebiasaannya terdapat di dapur.

Course Reviews:

Average Rating 0
0 Ratings
Details
5 Stars 0
4 Stars 0
3 Stars 0
2 Stars 0
1 Stars 0

No reviews yet.